Cara Nak Buat Kerepek Pisang
Teknologi Makanan hari ini akan berkongsi dengan anda cara nak buat kerepek pisang. Kerepek
pisang amat mudah untuk kita buat dan boleh memberikan hasi pulangan yang lumayan terutama
pada musim perayaan dan saya ada dengar katanya harga kerepek pisang tandok sekilo mampu
mencecah RM12 pada raya puasa yang lalu dan masaalahnya bekalan tak cukup !. Bukan tak laku !.
Teknologi makanan yang terlibat dalam membuat kerepek pisang ini bermula daripada aspek
pemilihan jenis pisang yang sesuai untuk buat kerepek. Tidak semua pisang sesuai untuk buat
kerepek pisang kerana rasanya akan menjadi tidak sedap. Jenis pisang yang paling sesuai untuk
buat kerepek adalah pisang tandok namun bekalan kurang dan harga agak mahal. Ini kerana sifat
pisang tandok itu sendiri berbuah dak de la banyak untuk setandan. Selain pisang tandok,
pisang abu atau nipah dan pisang nangka serta pisang buluh juga biasa dibuat kerepek.
Untuk membuat kerepek pisang ini, pisang yang matang dipilih kerana berdasarkan teknologi
makanan pisang yang masak tak sesuai buat kerepek kerana pisang masak lembik dan juga
kandungan gula tinggi jika digoreng,gula akan menghitamkan pisang kerana dah jadi karamel.
Cara nak buat kerepek pisang ini amat mudah dan bahan lain yang diperlukan adalah kualiti,
minyak masak, sedikit garam, dapur, pemotong pisang atau slicer atau nak mudah pemarut
atau dikenali juga sagat.
Teknik teknologi makanan untuk buat kerepek pisang adalah minyak dimasukkan kedalam kualiti
dan dipanaskan hingga benar - benar panas. Pisang matang dibuang kulit dan terus disagat atau
di 'slice' nipis kedalam kuali dan digoreng hingga warna kekuningan.
Pisang yang telah siap digorengkan ditoskan kemudian disejukkan. Jika nak masin pada rasa
pisang, boleh gaul dengan sedikit garam dan dibungkuskan dalam plastik untuk makan sendiri
ataupun untuk dijual.
Pisang yang telah di slice dikacau perlahan - lahan hingga masak kekuningan.
Gambar seorang usahawan pengeluar kerepek pisang
No comments:
Post a Comment