KEREPEK PISANG
IKS memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi dengan mewujudkan, mengembangkan, dan mengukuhkan lagi struktur asas pembangunan industri negara. Pembangunan ekonomi yang pesat sejak 1970-an hingga ke hari ini, telah banyak menghubung dan menggabungkan ekonomi negara ini dengan keadaan, perubahan dan aktiviti ekonomi antarabangsa.
Hasilnya, struktur pembangunan industri di Malaysia lebih berbentuk pergantungan dan penyesuaian pengeluaran barangan untuk pasaran eksport.
Dengan wujudnye industri kecil seperti ini di malaysia, ini dapat meningkatkan ekonomi negara menggalakkan penumbuhan pengusaha-pengusaha kecil ini berniaga sepertinya perusahaan kerepek pisang,
Membuka Peluang Pekerjaan
Satu perkara yang sering diperkatakan dalam IKS ialah ia berupaya membuka lebih banyak peluang-peluang pekerjaan kepada orang ramai. Hal ini demikian memandangkan IKS mampu menggunakan tenaga buruh secara intensif dalam teknik pengeluaran mereka berbanding dengan firma-firma besar. Ini secara terus dapat membuka peluang pekerjaan yang banyak dalam beberapa fungsi pengeluaran dalam operasi IKS.
Data dalam bancian perindustrian perkilangan dalam tahun 1991 menunjukkan bahawa modal tetap untuk seorang tenaga pekerja meningkat mengikut saiz firma terutamanya kepada firma yang memiliki 100 orang pekerja dan ke atas.
Dianggarkan bahawa jumlah kapital untuk setiap orang pekerja bagi IKS mempunyai lebih kurang 14 hingga 50% lebih rendah berbanding dengan industri bersaiz besar. Keseluruhannya, dalam semua bancian dan penyelidikan yang telah dijalankan di dapati bahawa semakin besar saiz sesebuah industri, semakin tinggi penggunaan kapital atau modal.
Apabila IKS menggunakan jumlah kapital yang jauh lebih rendah berbanding dengan firma besar, jumlah dan bilangan pekerja secara langsung lebih ramai bagi setiap ringgit yang dilaburkan. Kelebihan dalam kaedah pengeluaran ini ialah mereka dapat mengurangkan atau meminimakan kos pengeluaran dan seterusnya bersaing dengan firma-firma lain di pasaran terbuka.
No comments:
Post a Comment